Monday, January 30, 2012

Tajuk : xde mood


Assalammualaikum

Mood nak berblog x mari lagi

Banyak gambar dok peram je lagi

Tunggu mood mai dulula yee..huhu

Ni pun ng bz dengan macam-macam aktiviti

Minggu ni pula ada lawatan ke Utara

So balik dari lawatan

saya akan cerita macam-macam kisah yee

tunggguuu..miss u all

p/s: maafla x sempat nk tinggal jejak...sempat bc je u all punyer entry

Wednesday, January 11, 2012

Wiwi dan Papa


Assalammualaikum


Kalini nak bercerita kerenah anak dan papanya
Semalam saya berpuasa
yela..nak ganti puasa
kalau lambat-lambat terlupa pulak

so...semalam saya tengah masak di dapur
dari dapur dengarla bising-bising di hall
apala yg dibuat anak-anak ng papanya tu

selalunya kalau time petang-petang
wiwi mesti nk tengok channel kartun
sokmo je la berebut remote dengan dia
wiwi pun pandai dah siap sorok remote

selesai masak-masak semua
saya pun rehat sambil menunggu azan
suami sayapun bercerita
biasala cerita pasal nk tengok channel lainla
anak nk tengok kartun
papa nak tengok bola
agaknya papa macam marah ke apa xtaula
anak pun apa lagi sound papanyer

"papa..kalau papa marah wiwi..wiwi report polis"

hahahaaha
memang gelak besar saya dengar
wah..wah..wah
sudah pandai mau report polis ye
xleh marah dia la pasni

wiwi...wiwi
macam-macam ayat yg keluar
sejak sekolah ni

Wednesday, January 4, 2012

sekolah dan wishlist

Assalammualaikum

Nampaknya dah 4 hari kita berada di tahun 2012
rasanya x terlambat nak mengucapkan
SELAMAT TAHUN BARU
kepada pembaca blog ini
terima kasih
dan bersyukur kerana masih berada di bumi Allah ini

rata-rata sekarang ini
dikebanyakan blog
excited bercerita mengenai anak-anak
yang pertama kali nk bersekolah

saya pun sebenarnya tidak ketinggalan
dapat merasai pengalaman hantar anak ke sekolah
alhamdulilah suri dah berumur 5 tahun
(kalu ikut tahun kalu ikut bulan br 4 thn..hehe)
mujur juga dh biasa tinggal di taska
jadi xdela syahdu syahdan sgt nk tinggalkan

2 hari orientasi
parents perlu tinggalkan anak-anak
hari pertama nangis juga
mungkin sbb dia tgk ada budak lain menangis
dan mungkin juga xde kawan yg dia kenal
padahal sebelum tu dia ok jek
hari ke 2 masih nangis tp bila cikgu dah pujuk dia ok

dan...hari 3 fully school sampai petang
alhamdulilah x nangis langsung
sebab dah ada kawan..hehe
dah seronok nk pegi sekolah

start dari hari 1 sekolah
pukul 10 malam dah kene tido
nasib baik dengar kata
kalu x sebelum ni pernah 2 pg x tdo
penangan tengok kartun

dari ari 1 sekolah juga
saya x bekalkan susu
dia pun xnak
eksen siap ckp gini
"wiwi dah besar...x nak minum susu"
tapiiii...sampai rumah jek terus minta susu
hehe..xpela kira okla tu kan

Tahun 2012
apa wishlist yee
sy pun xtau apa sy nak

1. Rumah sendiri ---> dah ada nun jauh di mata
2. Galaxy tab -----> dah dapat..hadiah dr mr hubby..tq :)
3. Singapore ---> insya Allah..soon
4. Honeymoon kali ke???? ----> bila la nk wat niii
5...................
6...................
7..................


Leh tolong pk kan utk sy x?? hehe
cuma diharapkan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya

aminn dan wassalam


Tuesday, January 3, 2012

~Hari Inovasi 2011~


Assalammualaikum

Rata-rata mana-mana UiTM mesti ada sambut Hari Inovasi
Meraikan yang berjasa
yang nak bersara
dan juga yang cemerlang

Macam biasa
kerja saya di belakang tabir je
time makan baru ada depan tabir
hehe





semoga yang cemerlang terus cemerlang
dan yang x dapat tu x semestinya x cemerlang
keep up the good work

wassalam

Tuesday, December 27, 2011

~Majlis Khatam Muqaddam 23 Surah Lazim~

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah
Pada 15 Disember 2011 lepas
Berlaku upacara Majlis Khatam Muqaddam
Untuk semua taska Permata seluruh negeri Terengganu
Suri pun ambil bahagian juga
Sebelum hari kejadian
Memang dia asik hafal jek
Walaupun ayat yang sama je banyak kali dengar
Tapi tau jugala dia baca dan boleh faham surah apa dia baca

Majlis berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu
Pagi-pagi dah hantar suri hantar naik bas dengan cikgu-cikgu
Semua murid kene pergi dengan cikgu
Sebak pulak anta anak naik bas
Pertama kali..macamla nak pegi jauh
Padahal kami pun menyusul ke sana gak..hikhik

Ok...masa kami sampai tu dah ramai orang
Kanak-kanak semua dok tengah-tengah


masa datang tu tercari-cari jugala mana anak den ni
dahla semua pakai baju samakan
nasib baik terperasankan cikgunya
and teringat cikgu ada letak bunga kt tudung
mujur taskanya dok tepi jek
bulehla nak p amik gambar

so papanya pegila amikkan sekejap
aku dok kat atas tu yg gambar jauh-jauh jek
alalalal..comelllnyerrrr anak aiii
seronok je dia

paling x tahan menunggu Datin Seri Rosmah Mansur ni
dalam kul 11 lbh jugala dia sampai
sampai sakit duduk kt kerusi keras tu
tempat duduknya x selesa and sempit
kalau silap langkah leh tergolek ke bawah
lutut pula kalau x kene gaya leh kene kepala org

Bila Datin Seri sampai
Majlis dimulakan dengan bacaan 23 surah lazim
diketuai oleh ustaz dan kanak-kanak ni ikut baca
sangat comel dan banggala
Bila dah selesai acara pentomen pula

comel je diorg ni berlakon
ceritanya mengenai dari kehidupan manusia
dari kanak-kanak sehingga dewasa
ada yg jadi cikgu, angkasawan dan macam-macam lagi

yang ni pulak menyanyi beramai-ramai
lagu permata
masa ni aku dah menitis-nitis air mata
nak kata sedih pun xdela
tapi naluri ibukan
gembira tengok budak-budak ni

budak-budak ni dah start bangun
ibu bapa pun dah kerumun
dari yang dok atas dah sepah ke bawah
kami x turun lagi
sebab lepas ni Datin Seri berucap pula
masa Datin Seri berucap pun
dah ramai x tumpu perhatian
masing-masing dok p ke anak masing-masing
agak-agak Datin Seri dah nak abis berucap
baru kami turun

suri dan kawan-kawan
seronoknya bukan main

my luvly doter
senyum malu-malu

masa ni x selesai lagi
upacara penyampaian sijil
kami keluar je la
cikgu bagi makanan kfc, roti dan air
suka betul dapat kfc
x lupa juga dapat muqaddam dan sejadah kecil
blh buat utk travel

kenangan di stadium negeri
nape x bawa sufi??
masa pegi pagi tu hujan sangat-sangat lebat
sufi pula baru lepas kena chicken pox
dan x hilang lagi bekas-bekas chicken pox tu
xnakla ada risiko..so kami hantar ke taska
mujur juga..sebab keadaan stadium pun x sesuai ada anak-anak kecil
masa balik ni pun masih ada hujan sket dan angin kuat

update
sijil suri


minggu depan suri dah sek tadika pula
harap-harap menjadi anak yang bijak dan solehah
aminnn

wasalam


Monday, December 26, 2011

cuti-cuti@Melaka pt 2


Assalammualaikum

wahhh..arini sure ramai bercuti kann
kat pejabat ni pun lengang jek
heaven sungguh bila x perlu nak berebut2 dengan student
nak kuar masuk pun sonang

okla..arini saya nak habiskan cuti-cuti ke melaka hari tu
pagi tu around 9-10 kami terus check out je
mula-mula g breakfast dulu
jumpa kedai mamak belasah je la
asalkan halal
then tempat 1 adalah menara tamingsari

oop..soriler..ng panas time ni
gambar x bape nak banyak

sedang tunggu turn nak naik
amik gambar dulu wat kenangan
haa ye nt ada yang tanya harga tiket kan
dewasa =rm10
kanak-kanak = rm5 > 3 thn

ambil gambar lagiii

dalam menara
mula-mula nak naik tu gayattt sehh
lama-lama baru ok
suri ckp apa tau "mama tkt ke?? wiwi x tkt pun"
aicehhh...sabo je la

ni anak ng papa
papa sibuk amik video
anak nangis sebab apa tah
lupalak kejadiannyer..hehe

disebabkan anak dara saya nak sangat naik beca
maka pak usunyer dengan rela hati membelanjakan
kami semua naik beca
lagipun malasla nak jalan panas-panas ni

so sweet je gambar diorg berdua ni kan..opss mereka berdua
(suri kata x baik ckp diorg kene ckp mereka berdua..baiklah..:) )

amboiii dah mcm tukang bawak beca pulak
semua amik kesempatan

kami naik bertiga jekkk

nak juga bergambar kan
walaupun muka en kamil dah penat sangat rupenyer
ok masa naik beca tu
antara tempat dilawati adalah

replika keretapi dan kapal terbang
kejap je pegi ni
pakcik beza bg masa 10-15 min je

kota A'famosa
en kamil je yang naik sampai atas
yang lain??

lepak kat bawah..hahaha
semua malas nak naik

perhentian terakhir
muzium samudera

actually byk gambar abah saya ambil
tapi saya dah x larat
kami sempat je lepak-lepak kangkung dalam ni
sebabnyer ada aircond
lama jugak la buat mcm rumah sendiri
sampai sufi pun leh tertido

bila dah rehat-rehat tu
makan tengah hari pulak
hajatnya nak makan asam pedas di jln laksamana (kalu x silap)
tapi pakcik beca bgtau tmpt tu ada mlm jek
xkan pulak nk tunggu sampai malam
soo..mekan kt food court depan muzium samudera je
ermm..x kawla asam pedasnyerr

lepas makan
terus berangkat pulang
sempat pekena choconut shake
yummy..mmg sgt sedap
alahh..sori x amik gambar pulak..hehe

sebelum sampai rumak ada ekspo
singgahla dulu
sempat sambar 2 helai tudung



beria-ia suruh ambil gambar dia
layankan sajela
ehh..abis dahh
sorila gambar x bape nak clear
pakai kamera biasa mmg camni..hihi

ok..see u next entry
wasalam

Wednesday, December 21, 2011

~Happy Birthday to our little doter~

Assalammualaikum,

Haishhh..sangat2 lupa hari ini adalah hari jadi Suriiii
Macam mana boleh lupa ni
Padahal sebelum ni ingat dah
Mujur baca wall komen kt FB
Adik aku wish besday

Sori sayang mama lupala
So..plan celebrate di KB la nanti
Minggu ni nak balik kampung

Here my little doter yang sangat petah bercakap niii

makin hari kalau bercakap tu macam org tua
selalu jugakla bergaduh ng dia ni
Papepun...papa n mama luv u soooo much
Supaya menjadi anak yg solehah

Gambar di atas diambil masa hafazan 23 surah lazim
Alhamdulilah dah hafal surah-surah lazim tu
Ceritanya will update later yee

See u

Wasalam