Tuesday, December 27, 2011

~Majlis Khatam Muqaddam 23 Surah Lazim~

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah
Pada 15 Disember 2011 lepas
Berlaku upacara Majlis Khatam Muqaddam
Untuk semua taska Permata seluruh negeri Terengganu
Suri pun ambil bahagian juga
Sebelum hari kejadian
Memang dia asik hafal jek
Walaupun ayat yang sama je banyak kali dengar
Tapi tau jugala dia baca dan boleh faham surah apa dia baca

Majlis berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu
Pagi-pagi dah hantar suri hantar naik bas dengan cikgu-cikgu
Semua murid kene pergi dengan cikgu
Sebak pulak anta anak naik bas
Pertama kali..macamla nak pegi jauh
Padahal kami pun menyusul ke sana gak..hikhik

Ok...masa kami sampai tu dah ramai orang
Kanak-kanak semua dok tengah-tengah


masa datang tu tercari-cari jugala mana anak den ni
dahla semua pakai baju samakan
nasib baik terperasankan cikgunya
and teringat cikgu ada letak bunga kt tudung
mujur taskanya dok tepi jek
bulehla nak p amik gambar

so papanya pegila amikkan sekejap
aku dok kat atas tu yg gambar jauh-jauh jek
alalalal..comelllnyerrrr anak aiii
seronok je dia

paling x tahan menunggu Datin Seri Rosmah Mansur ni
dalam kul 11 lbh jugala dia sampai
sampai sakit duduk kt kerusi keras tu
tempat duduknya x selesa and sempit
kalau silap langkah leh tergolek ke bawah
lutut pula kalau x kene gaya leh kene kepala org

Bila Datin Seri sampai
Majlis dimulakan dengan bacaan 23 surah lazim
diketuai oleh ustaz dan kanak-kanak ni ikut baca
sangat comel dan banggala
Bila dah selesai acara pentomen pula

comel je diorg ni berlakon
ceritanya mengenai dari kehidupan manusia
dari kanak-kanak sehingga dewasa
ada yg jadi cikgu, angkasawan dan macam-macam lagi

yang ni pulak menyanyi beramai-ramai
lagu permata
masa ni aku dah menitis-nitis air mata
nak kata sedih pun xdela
tapi naluri ibukan
gembira tengok budak-budak ni

budak-budak ni dah start bangun
ibu bapa pun dah kerumun
dari yang dok atas dah sepah ke bawah
kami x turun lagi
sebab lepas ni Datin Seri berucap pula
masa Datin Seri berucap pun
dah ramai x tumpu perhatian
masing-masing dok p ke anak masing-masing
agak-agak Datin Seri dah nak abis berucap
baru kami turun

suri dan kawan-kawan
seronoknya bukan main

my luvly doter
senyum malu-malu

masa ni x selesai lagi
upacara penyampaian sijil
kami keluar je la
cikgu bagi makanan kfc, roti dan air
suka betul dapat kfc
x lupa juga dapat muqaddam dan sejadah kecil
blh buat utk travel

kenangan di stadium negeri
nape x bawa sufi??
masa pegi pagi tu hujan sangat-sangat lebat
sufi pula baru lepas kena chicken pox
dan x hilang lagi bekas-bekas chicken pox tu
xnakla ada risiko..so kami hantar ke taska
mujur juga..sebab keadaan stadium pun x sesuai ada anak-anak kecil
masa balik ni pun masih ada hujan sket dan angin kuat

update
sijil suri


minggu depan suri dah sek tadika pula
harap-harap menjadi anak yang bijak dan solehah
aminnn

wasalam


8 catatan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

bagusnya ada majlis gini .. area pantai timur mmg bagus ada majlis2 agama utk semua peringkat umur .. kt sini ask la dok konsert manjang .. congrats suri ;-)

Kakzakie Purvit said...

Syukur... kakak tumpang bangga. Teruskan didik Suri lebih cemerlang.

Tahniah dari auntie ye suri sayang...:)

eB said...

meriahnyer. suker tgk :)

fuad ansari said...

meriah betul...

seronok tgknya.... (",)

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Bangga dengan pencapaian anak-anak comel ini.

Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

Amin, amin...

Unknown said...

wah penuh satu dewan ngan budak2 yer..sedondon lak semuo...

Eliss said...

comelnya suri :)

miezaniera said...

comeinye suri... mcm ustazah cilik hehehe