Tuesday, December 27, 2011

~Majlis Khatam Muqaddam 23 Surah Lazim~

Assalammualaikum

Syukur Alhamdulillah
Pada 15 Disember 2011 lepas
Berlaku upacara Majlis Khatam Muqaddam
Untuk semua taska Permata seluruh negeri Terengganu
Suri pun ambil bahagian juga
Sebelum hari kejadian
Memang dia asik hafal jek
Walaupun ayat yang sama je banyak kali dengar
Tapi tau jugala dia baca dan boleh faham surah apa dia baca

Majlis berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu
Pagi-pagi dah hantar suri hantar naik bas dengan cikgu-cikgu
Semua murid kene pergi dengan cikgu
Sebak pulak anta anak naik bas
Pertama kali..macamla nak pegi jauh
Padahal kami pun menyusul ke sana gak..hikhik

Ok...masa kami sampai tu dah ramai orang
Kanak-kanak semua dok tengah-tengah


masa datang tu tercari-cari jugala mana anak den ni
dahla semua pakai baju samakan
nasib baik terperasankan cikgunya
and teringat cikgu ada letak bunga kt tudung
mujur taskanya dok tepi jek
bulehla nak p amik gambar

so papanya pegila amikkan sekejap
aku dok kat atas tu yg gambar jauh-jauh jek
alalalal..comelllnyerrrr anak aiii
seronok je dia

paling x tahan menunggu Datin Seri Rosmah Mansur ni
dalam kul 11 lbh jugala dia sampai
sampai sakit duduk kt kerusi keras tu
tempat duduknya x selesa and sempit
kalau silap langkah leh tergolek ke bawah
lutut pula kalau x kene gaya leh kene kepala org

Bila Datin Seri sampai
Majlis dimulakan dengan bacaan 23 surah lazim
diketuai oleh ustaz dan kanak-kanak ni ikut baca
sangat comel dan banggala
Bila dah selesai acara pentomen pula

comel je diorg ni berlakon
ceritanya mengenai dari kehidupan manusia
dari kanak-kanak sehingga dewasa
ada yg jadi cikgu, angkasawan dan macam-macam lagi

yang ni pulak menyanyi beramai-ramai
lagu permata
masa ni aku dah menitis-nitis air mata
nak kata sedih pun xdela
tapi naluri ibukan
gembira tengok budak-budak ni

budak-budak ni dah start bangun
ibu bapa pun dah kerumun
dari yang dok atas dah sepah ke bawah
kami x turun lagi
sebab lepas ni Datin Seri berucap pula
masa Datin Seri berucap pun
dah ramai x tumpu perhatian
masing-masing dok p ke anak masing-masing
agak-agak Datin Seri dah nak abis berucap
baru kami turun

suri dan kawan-kawan
seronoknya bukan main

my luvly doter
senyum malu-malu

masa ni x selesai lagi
upacara penyampaian sijil
kami keluar je la
cikgu bagi makanan kfc, roti dan air
suka betul dapat kfc
x lupa juga dapat muqaddam dan sejadah kecil
blh buat utk travel

kenangan di stadium negeri
nape x bawa sufi??
masa pegi pagi tu hujan sangat-sangat lebat
sufi pula baru lepas kena chicken pox
dan x hilang lagi bekas-bekas chicken pox tu
xnakla ada risiko..so kami hantar ke taska
mujur juga..sebab keadaan stadium pun x sesuai ada anak-anak kecil
masa balik ni pun masih ada hujan sket dan angin kuat

update
sijil suri


minggu depan suri dah sek tadika pula
harap-harap menjadi anak yang bijak dan solehah
aminnn

wasalam


Monday, December 26, 2011

cuti-cuti@Melaka pt 2


Assalammualaikum

wahhh..arini sure ramai bercuti kann
kat pejabat ni pun lengang jek
heaven sungguh bila x perlu nak berebut2 dengan student
nak kuar masuk pun sonang

okla..arini saya nak habiskan cuti-cuti ke melaka hari tu
pagi tu around 9-10 kami terus check out je
mula-mula g breakfast dulu
jumpa kedai mamak belasah je la
asalkan halal
then tempat 1 adalah menara tamingsari

oop..soriler..ng panas time ni
gambar x bape nak banyak

sedang tunggu turn nak naik
amik gambar dulu wat kenangan
haa ye nt ada yang tanya harga tiket kan
dewasa =rm10
kanak-kanak = rm5 > 3 thn

ambil gambar lagiii

dalam menara
mula-mula nak naik tu gayattt sehh
lama-lama baru ok
suri ckp apa tau "mama tkt ke?? wiwi x tkt pun"
aicehhh...sabo je la

ni anak ng papa
papa sibuk amik video
anak nangis sebab apa tah
lupalak kejadiannyer..hehe

disebabkan anak dara saya nak sangat naik beca
maka pak usunyer dengan rela hati membelanjakan
kami semua naik beca
lagipun malasla nak jalan panas-panas ni

so sweet je gambar diorg berdua ni kan..opss mereka berdua
(suri kata x baik ckp diorg kene ckp mereka berdua..baiklah..:) )

amboiii dah mcm tukang bawak beca pulak
semua amik kesempatan

kami naik bertiga jekkk

nak juga bergambar kan
walaupun muka en kamil dah penat sangat rupenyer
ok masa naik beca tu
antara tempat dilawati adalah

replika keretapi dan kapal terbang
kejap je pegi ni
pakcik beza bg masa 10-15 min je

kota A'famosa
en kamil je yang naik sampai atas
yang lain??

lepak kat bawah..hahaha
semua malas nak naik

perhentian terakhir
muzium samudera

actually byk gambar abah saya ambil
tapi saya dah x larat
kami sempat je lepak-lepak kangkung dalam ni
sebabnyer ada aircond
lama jugak la buat mcm rumah sendiri
sampai sufi pun leh tertido

bila dah rehat-rehat tu
makan tengah hari pulak
hajatnya nak makan asam pedas di jln laksamana (kalu x silap)
tapi pakcik beca bgtau tmpt tu ada mlm jek
xkan pulak nk tunggu sampai malam
soo..mekan kt food court depan muzium samudera je
ermm..x kawla asam pedasnyerr

lepas makan
terus berangkat pulang
sempat pekena choconut shake
yummy..mmg sgt sedap
alahh..sori x amik gambar pulak..hehe

sebelum sampai rumak ada ekspo
singgahla dulu
sempat sambar 2 helai tudung



beria-ia suruh ambil gambar dia
layankan sajela
ehh..abis dahh
sorila gambar x bape nak clear
pakai kamera biasa mmg camni..hihi

ok..see u next entry
wasalam

Wednesday, December 21, 2011

~Happy Birthday to our little doter~

Assalammualaikum,

Haishhh..sangat2 lupa hari ini adalah hari jadi Suriiii
Macam mana boleh lupa ni
Padahal sebelum ni ingat dah
Mujur baca wall komen kt FB
Adik aku wish besday

Sori sayang mama lupala
So..plan celebrate di KB la nanti
Minggu ni nak balik kampung

Here my little doter yang sangat petah bercakap niii

makin hari kalau bercakap tu macam org tua
selalu jugakla bergaduh ng dia ni
Papepun...papa n mama luv u soooo much
Supaya menjadi anak yg solehah

Gambar di atas diambil masa hafazan 23 surah lazim
Alhamdulilah dah hafal surah-surah lazim tu
Ceritanya will update later yee

See u

Wasalam

Monday, December 19, 2011

cuti-cuti@Melaka pt 1

Assalammualaikum

Haii readers...long time no seee eehh
Miss u alllll sangat
Hmm...apa nak mula dulu yee
Sebenarnya sedang amik mood untuk menulis semula
Bayangkanla bila dah lama x berblog..mood mmg ke laut
Saya hanya jenguk blog kawan-kawan mana yang sempat je
Adala juga meninggalkan jejak ada juga yg tidak

So...untuk mula semula
Saya nak cerita berkenaan cuti-cuti kami ke Melaka (erkk..nape cam skema je ayat ehh)

Okla...last minit punyer plan akhirnya menjadi
Kebetulan saya ada ada bengkel di Shah Alam selama seminggu
Then sambung cuti balik kampung
Apalagi plan untuk berjalan-jalan la
Memandangkan adik saya ada belajar di Melaka
Memang kami decide nak jalan-jalan ke sana
Lagipun banyak mende menarik kannnn

Soooo....mari kita layan gambar okkk

kami bertolak petang jumaat
plan nk p naik river cruise
sebabnyer omak ai dah lama sangat teringin nak naik
as anak yg solehah..ecehhh
kami bawakler

anak-anak sangat happy
hehe..tengokla mak pak ng feeling2 amik gambar berdua

kalu yg biasa naik river cruise ni
mesti tau rumah2 yg cantik-cantik ni kan
kampung moten

lepas nek river cruise
jalan-jalan area situ jela..
belakang tu muzium samudera
time ni banyak sungguhla beca merata-rata promote pakej
suri memang nangis2 nak naik
mana x nyer kan
mereka hias beca tu dengan lampu
memangla nampak menarik

tapi tidakla naik beca malam tu
sebabbbbb dah laparrrr

kami gerak pula ke Umbai
alaaa..tempat makan yg femes tuu
tapi kan rasanya kami salah p tmpt makan
p yg tempat baru..restoran terapung
xde org sangat..tp mujur kedai yg kami pilih mmg sedap

mari..mari makan
masing-masing dah lapar

ada ikan stim
sayur n lain-lain lagi..x igt pulak order apa

haa...tgk licinnnnn

malam tu terjah je hotel mana-mana yang ada
my father belanje u..hehe

haa..nanti citer the next aktiviti pulak yeee..
ade keje la nk wat sket
sooo..sambung ke pt 2 pulak yeee..daaa

Monday, December 12, 2011

Hallluuuu


Wahhh lama sungguh x berhapdet yee

U olss rindu sama ai x?? hehe

Banyak sangat benda sampai x sempat nak berhapdet

Cuti-cuti kami ke Melaka pun x update lg kan...later2 yee

Then lepas tu anak sy yg Sufi tu kene chicken pox pulak..almost 2 minggu kt rumah

Saya pulak demam+batuk+selsema yang x bape baik lagi ni

Bila keadaan mengizinkan akan saya update yee

Maaf juga x sempat nak jalan-jalan ke rumah kawan-kawan semua

Insya Allah bila dah ok..akan sy review sume entry2 korang yg best2 tu ekss

See u later..mmmuaaahhhsss

Tuesday, November 29, 2011

Habuk..sawang..semua ada

Assalammualaikum

Lamaaaaaaaaa x update blog

Huhu ade yang merindui ke??

Bzzzzz dengan kursus n kerja-kerja yang perlu disiapkan

sorry x sempat nk bw blog korang

nanti-nanti ye i update...bzzzz sangat sekarang ni

I'll be back soon...tata


Thursday, November 17, 2011

Suri dah konvo..yeayyy


Ehh..besar dah anak den

Hehe..actually harini Majlis Graduasi Taska Yayasan Keluarga

Disebabkan tahun depan Suri masuk ke tadika..jadinyer taska wat majlis konvo

Tadinyer terlambatlak datang..tengok2 suri dah abis present

Rugi miss dia nyer menari2 tu

Dah cikgu kata kul 9...rupernyer dah start maybe dalam 830 or 845 kot


cikgu lak wat persembahan

suri amik sijil n bunga
alahai malu2 lak budak-budak ni

bad mood la pulak
susah betul nk amik gambar

tengok x senyum pun
nape tah



kawan-kawan suri
dia xmo langsung amik gambar

sekarang ni adala dia kt papa dia
nk folo g ofis
xmau g skola
nasib baik arini balik 330pm so lehla consider bawak p opis


Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha


Rasanya x terlambat nak mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha
Walaupun baru arini menghapdet blog
Tahun ni giliran balik ke kampung cik abe pula
Biasala tu kan
Hari Raya kampung saya
Raya Haji kampung dia pulak
Ramai gak tertanya2 nape camtu
X buat giliran ke??
Sebenarnya sebab parenst en Kamil dah tiada
Soo..Raya Haji je la kt sana..lagipun kalau di Kelantan lebih meriah

Tiap-tiap tahun Kak ipar aku mesti wat korban
So setiap pagi raya kami beramai-ramai ke rumah kakakku
Anak sedara pulak tokey lembu
Senangla nak berkira kan
Time ni la asik makan daging..daging..dan daging
Rasanya dah menternak daging kt badan ni..hikhik

gambar beramai-ramai..ehh most of them kaler purple
macam berjanji pulak

sufi dan nisa
macam kembar
sebaya

alaa..blur plak laki ai ni amik gambar
taun ni tema biru turqoise
pueh cari tudung
last2 jumpe ms g Rantau Panjang
Sufi nangis nak papa dia
Anak manja papa niii

Kakak-kakak ipar dan anak2 sedara

time to sembelihhhh

ng sembelih lembu
masa ni bawa anak-anak tengok dekat

melapah la pulak

aiiii..cik abe syg ni tukang tengok je ke??

haa..xtaula nape ng budak ni
kalau merajuk je ginila gayanyer

rasanya time raya ni kurang meriah sket
dah ler ai eksiden masa g Rantau Panjang aritu
Luckily x de pape juz org belakang langgar sket
Gara-gara biri melintas x tengok kiri kanan..hehe
Kami sempat brek org belakangla x sempat
Apa lagi...calar dahhh keta aii tau
No plate pun kemek soo tukar
Ade pulak yg perasan no plate dah lain..hikhik